English

Cara Buat Website Bisnes Percuma

Bisnes kecil tak perlu website besar atau beribu ringgit untuk mula. Pelanggan cuma nak tahu tiga benda: apa yang anda jual, berapa harganya, dan macam mana nak beli atau datang. Satu halaman yang kemas, yang terbuka elok di telefon, sudah cukup. Panduan ini tunjuk apa yang perlu ada, pilihan percuma yang ada, dan cara buat satu dalam 10 minit tanpa coding.

Apa yang perlu ada dalam website bisnes kecil

  • Apa yang anda jual: produk, menu atau servis, dengan gambar yang jelas.
  • Harga, atau sekurang-kurangnya “harga dari RM…”. Pelanggan yang nampak harga lebih yakin untuk bertanya.
  • Cara beli atau tempah: butang WhatsApp dengan mesej yang siap ditulis, atau link ke Shopee dan TikTok Shop.
  • Lokasi dan waktu buka, dengan link Google Maps dan Waze untuk kedai fizikal.
  • Media sosial, supaya pelanggan boleh tengok post dan ulasan terkini.

Mula dengan satu halaman. Kebanyakan pelanggan buka website dari telefon, jadi halaman yang pendek dan jelas selalunya lebih baik daripada lima halaman yang susah dibaca.

Pilihan website percuma untuk bisnes

Semua pilihan di bawah percuma untuk dimulakan dan tak perlukan coding. Bezanya pada cara anda menyunting dan rupa alamatnya:

  • Google Sites: percuma dengan akaun Google, sesuai untuk halaman maklumat. Disunting di komputer, dan butang WhatsApp perlu dibuat sendiri dengan link. Alamatnya seperti sites.google.com/view/nama.
  • Canva: website dari reka bentuk Canva anda, sesuai jika anda sudah biasa dengan Canva. Alamat percumanya berakhir dengan my.canva.site.
  • Singgah: dibina untuk telefon, dengan butang WhatsApp sedia ada, ikon Instagram, TikTok dan Shopee, dan pautan Waze yang mudah ditambah. Alamat pendek seperti singgah.page/namaanda, dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Nota semua pilihan percuma guna alamat platform. Domain sendiri seperti .com atau .com.my perlu dibeli dan diperbaharui setiap tahun.

Cara buat website bisnes dengan Singgah

  1. Buka editor

    Buka singgah.page/try di telefon atau komputer. Tak perlu daftar untuk mula, dan tak perlu muat turun aplikasi.

  2. Isi profil bisnes

    Dalam blok Profil, letak logo atau gambar kedai, nama bisnes, dan satu ayat tentang apa yang anda jual dan di mana.

  3. Tambah cara untuk beli

    Tekan Tambah blok. Pilih WhatsApp untuk tempahan, dan Pautan untuk Shopee, TikTok Shop atau Google Maps. Blok Media sosial menambah ikon Instagram, TikTok dan Facebook.

  4. Tunjuk produk dan harga

    Guna Karusel untuk gambar produk (sehingga 10), Imej untuk menu atau senarai harga, dan Tajuk bahagian untuk memisahkan Menu, Lokasi dan lain-lain.

  5. Pilih rupa

    Tekan Tema dan pilih warna dan fon yang sesuai dengan bisnes anda.

  6. Terbitkan

    Tekan Terbitkan, daftar akaun percuma, kemudian tekan Terbitkan sekarang. Nama bisnes di Profil menjadi alamat halaman, seperti singgah.page/kedaianda; tekan Tukar pautan jika mahu alamat lain.

Contoh sebenar: singgah.page/mamahomestay, website satu halaman sebuah homestay dengan gambar, kemudahan, tempahan WhatsApp dan arah ke lokasi.

Supaya pelanggan jumpa website anda di Google

  • Letak link di Google Business Profile. Bila orang cari nama kedai anda di Google atau Google Maps, profil bisnes anda yang keluar dulu. Masukkan alamat website anda di ruangan laman web.
  • Guna nama yang sama di mana-mana. Nama bisnes, nombor telefon dan alamat yang sama di website, Google dan media sosial membantu Google mengenal pasti bisnes anda.
  • Kongsi link di tempat pelanggan berada: bio Instagram dan TikTok, Status WhatsApp, dan QR code di kaunter atau bungkusan.
  • Tulis apa yang orang cari. “Kek lapis Sarawak, Kuching, hantar ke rumah” lebih membantu daripada “Kek sedap”.

Halaman Singgah yang diterbitkan boleh dijumpai di Google. Halaman baharu biasanya mengambil masa beberapa hari hingga beberapa minggu untuk muncul dalam carian.

Bila bisnes anda perlukan website penuh

Satu halaman sudah cukup untuk kebanyakan bisnes kecil. Anda mungkin perlukan website penuh bila:

  • Pelanggan perlu bayar terus di website, dengan troli dan pembayaran dalam talian.
  • Anda ada banyak produk dengan stok yang perlu dikemas kini.
  • Anda perlukan sistem tempahan dengan kalendar, atau domain sendiri.

Untuk itu, Singgah juga boleh reka dan bina website khas untuk bisnes anda, bersama atau berasingan daripada halaman Singgah anda.

Soalan lazim

Betul ke boleh buat website bisnes percuma?

Ya. Google Sites, Canva dan Singgah semuanya ada pilihan percuma. Pelan percuma Singgah memberi satu halaman dengan alamat singgah.page sendiri, butang WhatsApp, gambar dan link ke kedai online anda.

Perlu tahu coding?

Tidak. Anda pilih blok seperti WhatsApp, Pautan dan Karusel, isi teks dan gambar, kemudian terbitkan. Semuanya boleh dibuat dari telefon.

Boleh guna domain sendiri (.com.my)?

Pilihan percuma guna alamat platform, seperti singgah.page/namaanda. Jika anda perlukan website dengan domain sendiri, Singgah juga boleh bina website khas untuk anda.

Pelanggan boleh jumpa website saya di Google?

Boleh. Halaman Singgah yang diterbitkan boleh muncul dalam carian Google, biasanya selepas beberapa hari hingga beberapa minggu. Letak link itu di Google Business Profile anda supaya lebih cepat dijumpai.

Boleh tukar maklumat selepas diterbitkan?

Boleh, bila-bila masa. Ubah di editor dan terbitkan semula. Alamatnya kekal sama, jadi link di bio dan QR code tak perlu ditukar.